Saturday, November 21, 2009

NEGERI JOHOR JOHAN BAHAS KEBANGSAAN 2009











Pertandingan berlangsung di Sweet Beach Resort, Tok Bali Pasir Puteh Kelantan mulai 13-16 Julai 2009. Negeri Johor muncul sebagai Johan Bahas ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009, manakala naib Johan ialah Negeri Sabah dan tempat ke-3 negeri Kedah dan Kelantan.



Pasukan negeri Johor diwakili oleh SMKA Maahad Muar buat julung-julung kalinya mara ke peringkat akhir dan Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami. Kali pertama menjulang piala kejuaraan, hanya Allah jua yang mengetahui erti di sebalik kemenangan ini. Syukurlah..

Sebagai salah seorang guru yang terlibat dengan pasukan bahas ini , saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada kami terutamanya keluarga tersayang dan rakan-rakan seperjuangan serta pihak pengurusan. Kejayaan yang dicapai ini ialah kejayaan kita bersama.

2 comments:

  1. hehe.. teringat forum remaja '01..

    ReplyDelete
  2. Dijemput pasukan bahas pihak sekolah Tuan/Puan untuk menghadiri bengkel bahas pada 26 Januari 2013 bertempat di Bangi. Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari blog http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails