MUAR JUARA KESELURUHAN KARNIVAL BM NEGERI JOHOR 2009.
Karnival Bahasa Melayu Negeri Johor 2009 telah berlangsung pada 2-4 April 2009. Kali ini Daerah Kota Tinggi menjadi tuan rumah. Wah! Sesekali menjejakkan kaki ke daerah bersejarah ini, amat bermakna buat kami.
Ha... pertandingan semasa karnival ini ialah pertandingan pidato, bahas ala parlimen dan pantun. Wah, hebat-hebat sungguh peserta negeri Johor ini. Pening juga lah kepala hakim untuk mencari pemenang-pemenangnya. Tapi... para hakim semua profesional, tahu menilai antara berlian dan manikam. Ha... di samping itu, ada pameran buku dan jualan sempena karnival ini. Emm... menarik bukan ?
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis dirasmikan oleh YB ADUN kawasan tersebut. Ucapan beliau penuh intelek sesuai dengan gelaran kedoktoran yang dimiliki oleh beliau.
Ha... ni nak kongsi kenangan bersejarah ni.... Pasukan Muar mendapat tempat dalam semua acara. Johan Pantun, Tempat ke-3 Pidato Piala Di Raja, dan... ini kali pertama sejak sekian lamanya Pasukan Bahas Muar meraih Johan Bahas Piala Pengarah Peringkat Negeri. Pembahas terbaik juga dari Daerah Muar . Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah.
Ni kami nak ucap ribuan terima kasih pada semua pihak yang memberi sokongan samaada secara langsung atau tidak langsung. Pihak pengurusan PPD Muar terutamanya En. Nizam, tu yang berbaju oren dalam gambar tu.. pihak sekolah daripada Pengetua Kanan, GPK Pentadbiran, GPK HEM , GPK Koko, Guru Kanan Bidang Bahasa yang sangat 'sporting' dan prihatin, semua guru SMKA Maahad terutamanya guru-guru BM, staff pejabat , pihak koperasi, pihak PIBG Maahad, guru-guru dan anak didik yang dikasihi. Tidak dilupakan Cikgu Zainudin dari SMS Muar selaku Ketua Kontinjen Muar yang turut banyak menyumbang. Juga istimewa buat keluarga kami semua yang tersayang atas sokongan selama ini. Juga terima kasih kepada tuan rumah yang telah memberikan layanan baik terutama atas keprihatinan pihak SMK Taman Sri Saujana
Emm... sesuatu yang saya pelajari daripada kemenangan ini.. jika Allah ingin memberikan sesuatu kepada kita, Dia pasti akan memberikannya... tapi ada ujian yang harus kita tempuhi sebelum mencapai kejayaan itu atau mungkin jua selepasnya. Yang pastinya kita ini hambaNya perlu yakin bahawa walau apa jua takdirNya, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Pesanan kepada pasukan Bahas SMKA Maahad Muar, teruskan perjuangan dalam pertandingan peringkat kebangsaan nanti. Jadikan gelanggang debat debat ini sebagai suatu wahana untuk kalian menyediakan diri sebagai srikandi negara masa hadapan yang berani menegakkan kebenaran untuk kemajuan dan keutuhan agama, bangsa, dan negara.
Wassalam.
ol/kli
Saturday, November 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment