Wednesday, December 30, 2009

karangan contoh 1

Tajuk : Peranan Pelbagai Pihak dalm Menangani Disiplin di Sekolah.

Pernah suatu hari masyarakat Malaysia digemparkan dengan berita "Seorang Pelajar Sekolah Agama Melahirkan Anak Haram" yang terpampang luas di setiap akhbar keluaran Malaysia.Hal tersebut bukan sahaja memalukan keluarga pelajar tersebut malah telah menjadi kekusutan di kepala para pendidik.Manakan tidak,kes tersebut mestilah berpunca daripada masalah disiplin pelajar di sekolah.Seandainya kes sedimikian rupa berlaku lagi,siapakah yang patut dipersalahkan?Pelajar atau pihak sekolah?Jadi,sebelum "kudis menjadi tokak",semua pihak perlu berkejasama dalam menangani masalah disiplin sekolah.

Dalam hal ini,diri pelajar sendiri menjadi faktor perdana dalam mengatasi masalah disiplin di sekolah.Para pelajar seharusnya tahu akan peranan masing-masing sebagai pelajar di sekolah.Pelajar sepatutnya tahu,sebagai seorang pelajar tugasnya menuntut ilmu bukannya membuat onar di sekolah.Mereka perlu bijak memilih kawan agar tidak terjerumus sama dalam kancah kehancuran.Oleh yang demikian,setiap pelajar perlulah muhasabah diri sebanyak mungkin dan fikirkan masa hadapan yang bakal ditempuhinya kelak.Seperti sabda Rasulullah,"berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama setahun".

Dalam konteks kekeluargaan pula,ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pelajar agar masalah disiplin di sekolah tidak berlaku.Ibu bapa seharusnya mendidik anak dengan didikkan agama yang secukupnya.Bukankah"bagaimana acuan,begitulah kuihnya"?Jadi ibu bapa perlu bijak dalam mengawasi segala tindak-tanduk pelajar supaya tidak melangkaui batas.Kekangan masa yang berkualiti bersama anak-anak menyebabkan anak akan hilang arah lalu semakin banyaklah masalah disiplin yang dilakukannya di sekolah.Untuk itu,ibu bapa disarankan agar meluangkan sedikit dengan anak-anak setiap hari walaupun sibuk berkerja.

Selain ibu bapa,masyarakat sekeliling juga turut perlu bakerjasama dalam menangani masalah disiplin di sekolah.Masyarakat sekeliling seperti rakan sebaya,jiran tetangga ataupun saudara mara perlulah menjadi contoh yang baik sebagai ikutan.Rakan sebaya yang merupakan medium berpengaruh besar dalam diri pelajar seharusnya menasihati rakan-rakan yang lain dalam apa jua perkara.Sebagai contoh,sekiranya seorang rakan mengajak anda untuk merokok,berilah nasihat yang berguna agar dapat mengubah pendirian rakan anda itu.Lantaran itu,rakan tersebut dapat berubah secara berperingkat-ringkat agar disiplin di sekolah dapat dipupuk.

Pihak sekolah juga tidak terlepas daripada bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin di sekolah .Pihak sekolah perlulah menjalankan kempen-kempen yang dapat mengawal tingkah laku pelajar.Antaranya adalah mengadakan kempen "Sifar Salah laku Pelajar".Selain itu,sistem merit elok dilaksanakan untuk pengawasan tingkah laku yang lebih terperinci.Sebagai contoh,setiap pelajar dibekalkan dengan 100 markah sepanjang persekolahan.Setiap masalah ataupun kebaikan yang dilakukan oleh pelajar akan dicatat.Untuk membuatkan pelajar lebih bersemangat untuk mengelakkan masalah disiplin,anugerah yang lumayan perlulah diberi kepada setiap pelajar yang tiada masalah disiplin.Dengan cara tersebut pelajar akan semakin terdidik dengan hidup berdisiplin.

Pihak kerajaan tidak seharusnya"berpeluk tubuh" sekiranya sesuatu kes yang berkaitan masalah disiplin berlaku di negara ini,Pihak Barisan Kepimpinan Negara sepatutnya bertindak secara rasional dalam menangani masalah disiplin di sekolah.Undang-undang yang tegas dan adil amat perlu di setiap sekolah agar tidak timbul sebarang kekecohan.Jesteru itu,pihak kerajaan disarankan menggaji seorang guru yang amat tegas dalam disiplin di setiap sekolah kerajaan di Malaysia.Hasil daripada tindakan tersebut akan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin menjelang tahun 2020 nanti.

Pendek kata,semua pihak mendukung peranan yang amat penting dalam menangani masalah disiplin di sekolah.Memetik kata Mahatma Ghandi,"future depends on what we do on present"yang bermaksud"masa hadapan ditentukan oleh perbuatan kita pada masa kini".Jad marilah kita bersama-sama bertindak dengan segera agar masalah disiplin sekolah dapat dibendung sekaligus melhirkan sebuah negara yang gemilang seiring dengan wawasan 2020 yang selal diuar-uarkan oleh Perdana Menteri sendiri.Menurut kata ilmuan terkenal,Henry Thoreau,'manusia dilahirkan untuk mencipta kejayaan bukan kegagalan".

Tuesday, December 1, 2009

Cerpen Manisnya epal karya Faisal Tehrani.

Kerana Manisnya Epal (Belle de Boskop)

Cerpen Menatap Wajahnya Karya Siti Hajar Mohd Zaki

Cerpen Menatap Wajahnya karya Siti Hajar Mohd Zaki

Cerpen Budi Tak Terbeli karya Khadijah Hashim

Cerpen Budi Yg Tidak Terbeli

Terima kasih kepada para pelajar 4 Mujahid SMKA Maahad Muar 2009 yang telah menjayakan persembahan powerpoint ini.

Saturday, November 21, 2009

NEGERI JOHOR JOHAN BAHAS KEBANGSAAN 2009











Pertandingan berlangsung di Sweet Beach Resort, Tok Bali Pasir Puteh Kelantan mulai 13-16 Julai 2009. Negeri Johor muncul sebagai Johan Bahas ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009, manakala naib Johan ialah Negeri Sabah dan tempat ke-3 negeri Kedah dan Kelantan.



Pasukan negeri Johor diwakili oleh SMKA Maahad Muar buat julung-julung kalinya mara ke peringkat akhir dan Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami. Kali pertama menjulang piala kejuaraan, hanya Allah jua yang mengetahui erti di sebalik kemenangan ini. Syukurlah..

Sebagai salah seorang guru yang terlibat dengan pasukan bahas ini , saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada kami terutamanya keluarga tersayang dan rakan-rakan seperjuangan serta pihak pengurusan. Kejayaan yang dicapai ini ialah kejayaan kita bersama.

Pautan ke LAMAN Guru-guru SMKA Maahad Muar

GURU-GURU SMKA MAAHAD MUAR

En. Mohd Sani bin Taib : http://kkqmaahadmuar.blogspot.com/

En. Mohd Azlee bin Isnin :http://wakleemaahadmuar.blogspot.com/

Pn. Asmah binti Salleh : http://cikguasmahmaahad.blogspot.com/

TITIPAN PERIBAHASA

TITIPAN PERIBAHASA



Perumpamaan ialah salah satu daripada cabang peribahasa dan ia adalah peribahasa yang membawa maksud berlapis.
Perumpamaan juga diertikan sebagai susunan kata dalam ayat yang memberikan makna khusus dan berlainan daripada yang tersurat.



Perumpamaan berasal daripada bahasa kiasan kerana apabila hendak menyebut sesuatu perkara atau maksud, ia dikiaskan dengan perkara lain.



Perumpamaan terbahagi kepada dua jenis :
a. Perumpamaan yang menyebut perbandingan.
Contoh : Bagai anjing buruk kepala.
Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang.
b. Perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan.
Contoh : Air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.
Luka sudah hilang, parut tinggal jua.

1.

Angkuh seperti merak.
- Suka menganggap diri sendiri lebih tinggi atau lebih baik dari yang lain.

Orang kaya itu tidak disenangi oleh jiran sekeliling kerana sikapnya yang angkuh seperti merak.


2.

Bagai air titik ke batu
- Sukar untuk memasukkan pengajaran yang baik kepada orang yang bertabiat buruk.

Pak Musa merasa begitu sukar untuk mendidik Yunus agar jangan bercakap bohong bagai air titik ke batu kerana dia terus dengan perangai lamanya itu.


3.

Bagai aur dengan tebing
- Dua pihak yang bekerjasama dengan erat.
- Sama maksud dengan perumpamaan ‘bagai dakwat dengan kertas.’

Tuk penghulu menyeru anak buahnya supaya sering bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya semua kerja dapat dilakukan dengan mudah dan mereka sekampung dapat hidup harmoni.


4.

Bagai buluh ditarik songsang.
- Sukar menyelesaikan sesuatu pekerjaan jika tidak mengikut peraturannya.

Membuat sesuatu mestilah menurut peraturannya supaya pekerjaan tersebut tidak menjadi bagai buluh ditarik songsang.



5.

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
- Tidak sependapat atau memntingkan diri masing-masing

Semua penduduk kampung diseru supaya sentiasa sepakat dan tidak menjadi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

6.

Bagai isi dengan kuku
- Persahabatan yang sangat erat

Persahabatan antara Haziq dan Firdaus sangat erat bagai isi dengan kuku.


7.

Bagai kucing kehilangan anak
- Perihal orang yang hilang akal dan kebingungan.

Pak Dungun bagai kucing kehilangan anak apabila melihat rumahnya sedang marak dijilat api.


8.

Bagai menarik rambut di dalam tepung.
- Mencari penyelesaian kepada sesuatu masaalah dengan sebaik-baiknya agar adil kepada semua pihak.

Sebagai seorang guru kelas, Cik Norsham begitu berhati-hati ketika meleraikan perselisihan faham antara anak muridnya itu, umpama menarik rambut dalam tepung.


9.

Bagai sirih pulang ke gagang
- Sesuatu yang kena pada tempatnya.

“Ah, bagai sirih pulang ke gagang, elok benar pasu bunga itu diletakkan di hadapan pintu ini untuk menarik pelanggan!” Kata Puan Mira kepada pembantu kedainya.


10.

Bagai pahat dengan penukul
- Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan apabila disuruh sahaja.

Sikapnya yang bagai pahat dengan penukul itu menyebabkan majikannya enggan menaikkan gajinya.


11.

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
- Orang yang memiliki kecantikan tetapi akhlaknya buruk.

Sungguhpun Sofia seorang gadis yang cantik, namun tidak ramai yang menyukainya kerana sikapnya yang buruk laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.


12.

Seperti ikan dalam belat.
- Keadaan yang terlalu sesak.

Rumah di kawasan setinggan di pinggir bandar itu sangat rapat antara sebuah rumah dengan sebuah rumah yang lain dan tidak selesa untuk diduduki seperti ikan dalam belat.





*************************************************************************************

Simpulan Bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang tersirat.



Apabila sesuatu perkataan di dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan yang tersendiri dan hanya membawa makna asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan yang lain, maka maknanya akan berubah daripada makna perkataan asalnya tadi.






SIMPULAN BAHASA/MAKSUD

1.

Panjang akal
- Seseorang yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan banyak idea.

Sang Kancil dimetoskan sebagai binatang yang panjang akal.


2.

Anak tempatan
- Penduduk asal atau anak negeri itu sendiri.

Khairin memang anak tempatan di tempat ini.


3.

Angkat kaki
- Meninggalkan sesuatu tempat dengan tergesa-gesa atau cabut lari.

Azmi angkat kaki apabila ternampak kelibat ayahnya kerana dia tidak sanggup dimarahi oleh ayahnya.


4.

Ayam tambatan
- Orang harapan dalam satu-satu pertandingan.

Azmi menjadi ayam tambatan dalam pasukan hoki sekolahnya kerana dia cekap menjaringkan gol.


5.

Batu loncatan
- Asas sebelum mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Pekerjaan sebagai pegawai pemasaran yang dilakukan oleh Ilman sekarang hanyalah sekadar batu loncatan untuk dia merebut lebih banyak kejayaan dalam bidang perniagaan.


6.

Berlindung di balik telunjuk
- Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.

Perbuatan jahat Ramesh diketahui oleh orang ramai menyebabkan dia tidak boleh berlindung di sebalik telunjuk lagi.


7.

Bidan terjun
- Menggantikan tugas orang lain kerana orang yang sepatutnya bertugas tidak ada.

Budin tidak dapat mempengerusikan majlis itu dengan baik kerana dia sekadar bidan terjun bagi menggantikan pengerusi sedia ada yang sakit kepala secara tiba-tiba.


8.

Buah pena
- Hasil karya atau penulisan.


Buah pena hasil karya A. Samad Said telah banyak diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kerana keunggulan karya beliau.


9.

Buku gaharu
- Orang yang menyembunyikan kepandaiannya.

Walaupun Amir dikenali sebagai seorang pelajar yang berat mulut di dalam kelasnya, tetapi dia sebenarnya buku gaharu dan ideanya selalu bernas.


10.

Bulat hati
- Azam atau cita-cita yang bersungguh-sungguh.

Fatimah sudah bulat hati untuk mengorbankan seluruh tenaga dan masanya bagi mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR nanti.


11.

Cangkul angin
- Orang yang membuat kerja yang sia-sia.

Setiap petang abang dan rakan-rakannya akan duduk di tepi jalan, kerjanya bagai mencangkul angin.


12.

Dada tinggi daripada perut
- Orang yang sombong dan bongkak.

Walaupun Aminah seorang yang kaya dan pintar, namun dia tidak disukai oleh kawan-kawannya sikapnya yang dada tinggi daripada perut.



13.

Dapat terpijak
- Memperoleh sesuatu dengan cara yang mudah.

Kemenangan bagi pihak lawan seperti dapat terpijak kerana pasukan tuan rumah tidak ada benteng pertahanan yang kukuh.


14.

Ditarah biar licin
- Sesuatu perkara yang dilakukan hendaklah dibuat dengan sempurna.

‘ Selepas selesai memasak nanti, pastikan kamu mengemas dapur hingga bersih, buat kerja hendaklah ditarah biar licin” pesan ibu kepada kakak.


15.

Gagak pulang ke benua
- Seseorang yang telah lama pergi merantau atau berdagang, tetapi tidak membawa sebarang perubahan kepada dirinya apabila pulang ke negara asal.

Sudah bertahun-tahun Amirul pergi merantau, akhirnya dia pulang ke kampong tanpa sebarang perubahan, ibarat gagak pulang ke benua.

KARNIVAL BAHASA MELAYU NEGERI JOHOR 2009

MUAR JUARA KESELURUHAN KARNIVAL BM NEGERI JOHOR 2009.



Karnival Bahasa Melayu Negeri Johor 2009 telah berlangsung pada 2-4 April 2009. Kali ini Daerah Kota Tinggi menjadi tuan rumah. Wah! Sesekali menjejakkan kaki ke daerah bersejarah ini, amat bermakna buat kami.





Ha... pertandingan semasa karnival ini ialah pertandingan pidato, bahas ala parlimen dan pantun. Wah, hebat-hebat sungguh peserta negeri Johor ini. Pening juga lah kepala hakim untuk mencari pemenang-pemenangnya. Tapi... para hakim semua profesional, tahu menilai antara berlian dan manikam. Ha... di samping itu, ada pameran buku dan jualan sempena karnival ini. Emm... menarik bukan ?




Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis dirasmikan oleh YB ADUN kawasan tersebut. Ucapan beliau penuh intelek sesuai dengan gelaran kedoktoran yang dimiliki oleh beliau.




Ha... ni nak kongsi kenangan bersejarah ni.... Pasukan Muar mendapat tempat dalam semua acara. Johan Pantun, Tempat ke-3 Pidato Piala Di Raja, dan... ini kali pertama sejak sekian lamanya Pasukan Bahas Muar meraih Johan Bahas Piala Pengarah Peringkat Negeri. Pembahas terbaik juga dari Daerah Muar . Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah.






Ni kami nak ucap ribuan terima kasih pada semua pihak yang memberi sokongan samaada secara langsung atau tidak langsung. Pihak pengurusan PPD Muar terutamanya En. Nizam, tu yang berbaju oren dalam gambar tu.. pihak sekolah daripada Pengetua Kanan, GPK Pentadbiran, GPK HEM , GPK Koko, Guru Kanan Bidang Bahasa yang sangat 'sporting' dan prihatin, semua guru SMKA Maahad terutamanya guru-guru BM, staff pejabat , pihak koperasi, pihak PIBG Maahad, guru-guru dan anak didik yang dikasihi. Tidak dilupakan Cikgu Zainudin dari SMS Muar selaku Ketua Kontinjen Muar yang turut banyak menyumbang. Juga istimewa buat keluarga kami semua yang tersayang atas sokongan selama ini. Juga terima kasih kepada tuan rumah yang telah memberikan layanan baik terutama atas keprihatinan pihak SMK Taman Sri Saujana

Emm... sesuatu yang saya pelajari daripada kemenangan ini.. jika Allah ingin memberikan sesuatu kepada kita, Dia pasti akan memberikannya... tapi ada ujian yang harus kita tempuhi sebelum mencapai kejayaan itu atau mungkin jua selepasnya. Yang pastinya kita ini hambaNya perlu yakin bahawa walau apa jua takdirNya, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Pesanan kepada pasukan Bahas SMKA Maahad Muar, teruskan perjuangan dalam pertandingan peringkat kebangsaan nanti. Jadikan gelanggang debat debat ini sebagai suatu wahana untuk kalian menyediakan diri sebagai srikandi negara masa hadapan yang berani menegakkan kebenaran untuk kemajuan dan keutuhan agama, bangsa, dan negara.
Wassalam.


ol/kli

Asas Pemerengganan Karangan

Pemerengganan Karangan Bahasa Melayu Menengah Atas





Format Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

Kertas 1 (1103/1)

Bahagian A : Karangan Berpandu
( 1 item mesti dijawab)
Bahagian B : Karangan Respons Terbuka
( 5 item pilih satu sahaja)



Ciri-ciri pendahuluan karangan
• Pendahuluan karangan seboleh-bolehnya menggambarkan tajuk perbincangan dan keseluruhan isi yang hendak dibincangkan dalam perenggan isi karangan.

• Pembaca akan membuat kesimpulan awal tentang apa-apa yang ditulis setelah membaca pendahuluan. Sehubungan dengan itu, anda sekurang-kurangnya mesti berupaya untuk mengetahui dan menulis beberapa jenis perenggan pendahuluan.



Terdapat 7 jenis perenggan pendahuluan :


Secara umumnya, perenggan pendahuluan terbahagi kepada :
a. Pendahuluan jenis definisi.
b. Pendahuluan jenis pendapat.
c. Pendahuluan jenis situasi/suasana.
d. Pendahuluan jenis persoalan.
d. Pendahuluan jenis peribahasa.
e. Pendahuluan jenis puisi.
f. Pendahuluan jenis sejarah.




Pengenalan perenggan isi


Bahagian isi atau badan karangan terdiri daripada beberapa perenggan atau paragraf. Setiap paragraf mempunyai fungsi tersendiri tentang tajuk atau tugasan soalan.

• Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun secara logis dan sistematik.

• Setiap paragraf mengandungi makna, pesan, fikiran ataupun satu persoalan pokok dan selaras dengan persoalan pokok yang dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan.

• Sesuatu paragraf dihasilkan daripada sejumlah ayat yang berkaitan antara satu sama lain.

• Paragraf juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada untuk menggambarkan pengalaman,
pendapat, pandangan serta imaginasi.
Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk. Walaubagaimanapun, untuk penulisan karangan pelajar tingkatan empat dan lima, penulisan karangan biasanya menggunakan perenggan 4 unsur.
a. Perenggan Deduktif
b. Perenggan Induktif
c. Perenggan Gabungan/perenggan 4 unsur.



Ciri-ciri perenggan 4 unsur.


Setiap paragraf hendaklah mengandungi 4 unsur ;
a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.


b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.


c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.


d. Kesimpulan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan




Contoh Perenggan 4 Unsur

Contoh 1

Skop soalan : Punca kesesakan jalan raya



Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Kebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan raya. Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti di petak kuning. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya.

Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna):
Biru : Ayat utama/ayat topik
Coklat :Ayat Huraian
Merun :Ayat contoh
Jingga :Ayat penegas




Contoh 2

Soalan karangan :

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk?

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga juga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makanbersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagimengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.

Rujukan (Sila rujuk perkataan berwarna) :
Biru : Ayat topik
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas



Contoh 3

Soalan Karangan :
Sambutan bulan kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan pidato kemerdekaan. Anda berminat untuk menyertai pidato tersebut.
Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
Tuliskan pidato tersebut selengkapnya.

Contoh perenggan 4 unsur.

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hal ini demikian kerana dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita. Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Dengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah banyak berjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi jasa-jasa yang telah ditaburkan. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara demi keadilan negara. Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air. kemerdekaan.

Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna ) :
Biru : Ayat topik/ayat utama
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas




Perenggan penutup .

• Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan.

• Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan.

• Pelajar perlu berhati-hati apabila menulis perenggan penutup kerana sikap dan pandangan pelajar terhadap tajuk dapat dibayangkan.

• Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang lembut tetapi berkesan.

• Pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah dikemukakan untuk bahagian penutup ini.






Rujukan :


1. Bahan hasilan Guru Cemerlang Daerah Muar iaitu Pn. Noraini dari SMP SAB Muar dan Cik


Fatimah Daud dari Sek. Men. Sains Muar.


2. Buku rujukan
Related Posts with Thumbnails